top of page

FASILITI MASJID

PUSAT PENYEMBELIHAN

Masjid Puncak Alam mempunyai Pusat Penyembelihan Haiwan Ternakan yang tersendiri di mana fungsi utamanya adalah untuk digunakan semasa Ibadah Korban kerana mampu menjimatkan masa serta tenaga. Pusat ini menggunakan set lengkap mesin penyembelihan moden bersistem hidraulik dan dilengkapi peralatan untuk proses melapah serta memotong tulang.

292797770_5266211636766918_3166700135309380935_n.jpg
292251478_5266211596766922_9138790575786945962_n.jpg

Mesin yang terletak di Pusat Penyembelihan ini direka khas oleh pereka cipta peralatan berteknologi, Zulkifli Haron daripada Zull Design Autotronic dan ianya mematuhi garis panduan syarak. Sepanjang melakukan penyembelihan, aspek kebersihan sangat ditekankan sesuai dengan syariat Islam memandangkan pusat itu terletak di dalam kawasan masjid. Untuk Ibadah Korban tahun 2022, sebanyak 21 ekor lembu telah dikorbankan. 

292792392_5266211553433593_4510867017018321159_n.jpg
293191248_5266211583433590_4038211112636739199_n.jpg
293164587_5266211606766921_1021710940812627540_n.jpg
293137727_5266211723433576_2539629628505663152_n.jpg

Tahun ini juga menyaksikan Ibadah Korban di Masjid Puncak Alam bersiaran secara langsung melalui Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 daripada Solat Sunat Hari Raya Aidiladha sehingga Ibadah Korban berjalan. 

291851180_5261323223922426_5031342169244728739_n.jpg
292608836_5266211463433602_1863534750792889185_n.jpg
bottom of page