top of page

SEJARAH MASJID PUNCAK ALAM

​

MPA.jpg

Masjid Puncak Alam telah diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn. Bhd. Dengan komitmen yang jitu terhadap membangunkan kompleks Masjid Puncak Alam, YBhg. Tan Sri telah membentuk jawatankuasa pembangunan kompleks masjid serta memulakan pembangunan fizikalnya pada 1 Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2014.

 

Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan Bangunan Utama Masjid, Bangunan Dewan Serbaguna, Bangunan Kuliah & Pentadbiran, Bilik Pengurusan Jenazah dengan fasiliti tempat letak kereta yang selesa. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan sekitar 5,000 jemaah. Masjid ini secara rasmi telah beroperasi bermula daripada 16 Jun 2014 dengan solat Maghrib. Dengan kewujudan Masjid Puncak Alam pelbagai aktiviti masyarakat Islam di kariah ini telah berjalan dengan lebih baik dan bersepadu.

OBJEKTIF, FUNGSI, VISI & MISI

OBJEKTIF & FUNGSI

Untuk menjadikan Masjid Centre of Activities & Centre of Excellent. Juga merancang dan melaksanakan Pengurusan Masjid Puncak Alam dalam urusan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

 

VISI

Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan mempelbagaikan aktiviti dan program pengimarahan kepada seluruh masyarakat ke arah pembangunan masjid cemerlang serta membina modal insan yang tauhidi.

 

MISI

Menjadikan pengurusan masjid lebih teratur, cekap dan sistemak yang berasaskan pengurusan Islam (Al-Quran dan Hadith) yang akan dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan dan berkemahiran dalam pengurusan masjid.

PERASMIAN MASJID PUNCAK ALAM

Perasmian Masjid Puncak Alam telah diadakan pada tanggal 10 Julai 2015, bersamaan 23 Ramadan 1436H yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor beserta dengan pemberian sumbangan hari raya yang disampaikan oleh Baginda Sultan.

bottom of page